Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Kedah dan Perlis
21 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniMajlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Kedah dan Perlis telah berlangsung di NADI Alor Binjal melibatkan pelantikan 15 Pengerusi bagi negeri Kedah dan 3 Pengerusi bagi negeri Perlis sebagai usaha memperkukuh jaringan libat urus komuniti di peringkat negeri.Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abdullah Izhar bin Mohamed Yusof, Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Komunikasi.
Program turut diserikan dengan Mini Hari Bersama Komuniti (HBK) yang menampilkan pelbagai pengisian termasuk saringan kesihatan percuma, pertandingan MADANI Legends, kelas AI, jualan usahawan serta pameran agensi kerajaan yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: